TINA SAYANG KAU LHA !

TINA SAYANG KAU LHA !

Friday, 9 September 2011

SAHABAT ITU IBARAT PERMATA .


Wujud satu perumpamaan yang mengambarkan betapa berharganya erti sebuah persahabatan.
Tapi tunggu dulu ! Apakah pula pengertian sahabat buad diri kamu sendiri ?
kamu boleh memiliki berpuluh-puluh koleksi pakaian berjenamadi dalam almarimu ataupun berjaya di dalam pelajaran mahu pun karier .Tapi adakah iamenandakan kamu tidak memerlukan sahabat di dalam hidup ini.

*Bermula dengan mencari teman lelakiketika keluar bersama-sama rakan perempuan sehinggalah berkongsi cerita tentang dirimu yang suka curi -curi makan coklat ketika sedang giat berdiet.Itulah detik-detik terindah yang gemar di kongsi bersama rakan akrab ataupun sahabat.Alangkah bahagianya bila memiliki sahabatuntuk berkongsi suka dan sedih besama-sama.Tetapi bagaimana kamu nak mengenalisama ada sahabat yang kamu dampingi itu benar-benar setia atau serasi denganmu?Jom semak senarai-senarai berikut dengan saya !

*Balik-balik bercerita dan mengadu tentang masalah yang sama !TETAPI,setiap kali kamu mencurahkansegala dilema dan masalah kamu kepadanya si sahabat tetap mendengarnya dengan sabar.Lebih istimewa lagi sahabat tidak ketinggalanmemberi satu pelukan yang sangat mendamaikan kepadamu setiap kali kamu sedangdi landa masalah.Malah nasihat membina darinya juga sangat menyenangkan hati kamu

*Tetap setia meletakkan ganggang telefon di cuping telinganya meski pun cuping telinganya berasa sangat panas setelah hampir 2 jam kamu berbual dengannya menerusi talian telefon.Jam pula sudah menunjukkan pukul 2 pagi,sahabat tetap setia mendengar perbualan kosong antara kamu dengannya sedangkan dirinya tahu bahawa dia bakal berhadapan dengan temu janji seawal jam 9 pagi pada keesokan harinya.

*Mulutnya tetap rapat terkunci menyimpan rahsiamengenai seutas beg tangan berjenama tiruan yang baru kamu beli.Meskipun rakan-rakan sekelilingsedang heboh bercerita mengenainya.Sahabat tetap merahsiakan kebenaran tersebut.

*Kamu dan rakan telahberhadapan dengan satu perselisihan pendapat.Kamu sedar tidak lama lagi adalah hari lahir rakan kamu itu.Meskipun kamu dan rakan kamu itu masih lagi berada dalam keadaan yang agak tegang,si sahabat itu masih setia menawarkan dirinya kepada rakan-rakan yang lain untuk menganjurkan satu sambutan istimewa secara mengejut khusus buat kamu !

*Kamu baru sehaja di lukai oleh teman lelaki mu.Tidak sampai 15 minit insiden sedih itu berlaku,sahabat datang ke pangkuanmu semata-mata untuk menenangkan keadaan dirimu yang huru-hara itu.
*Kamu dan rakan gemar duduk-duduk sntai di mana-mana kedai kopi selama berjam-jam sekadar berbual hal-hal remeh dan bergosip atau sekadar memerhatikan pengunjung-pengunjung sekitar kedai kopi itu.

*Tanpa perlu mengulas lebar,sahabat memberikan pelukan terhangatnya ketika kamu sedang bersedih.

*Akhir sekali,kamu berpeluang menjadi diri sendiri dan merasa nyaman sewaktu berada dekat dengannya.

*JIka sahabat kamu memenuhi senarai berikut,selamat ! kamu memang beruntung memmilikinya sebagai sahabat.Inilah erti persahabatan yang sebenar.Sahabat seperti itu memang sangat sukar untuk kamu miliki.jagalah si ' berlian' itu dan semoga persahabatn kamu kekal buat selamanya.
lepas baca tinggalkan jejak then follow auw auw

0 comments:

Post a Comment